Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi-i | 01 Januari 2024-31 Mac 2024
*Khas untuk pemohon dengan pendapatan bulanan sah RM8,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui Laman Web Bank.
Kadar Faedah/Keuntungan untuk Permohonan melalui Laman Web Bank
Kadar kami adalah berdasarkan dasar rata
Saluran Permohonan: Dalam Talian (Laman Web Bank) |
||
---|---|---|
Pendapatan Bulanan Sah |
Kadar Faedah/Keuntungan Rata |
Tempoh Kemudahan |
RM2,000 – RM7,999 |
7.50% setahun |
2 hingga 5 tahun |
RM8,000 dan ke atas |
5.50% setahun |
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif berbeza seperti berikut bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan-i dari 2 – 5 tahun:
(i) Kadar faedah/keuntungan rata 5.50% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 10.01% setahun hingga 10.23% setahun.
(ii) Kadar faedah/keuntungan rata 7.50% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 13.32% setahun hingga 13.80% setahun.
(iii) 0.50% daripada amaun kemudahan akan ditolak semasa penyaluran untuk cukai setem yang perlu dibayar.
Ilustrasi Ansuran
Sebagai contoh, anda adalah pemohon dengan pendapatan bulanan sah RM8,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui Laman Web Bank. Kadar faedah/keuntungan rata yang dikenakan ialah 5.50% setahun dan jumlah amaun kemudahan yang diluluskan ialah RM100,000 untuk tempoh pembiayaan 5 tahun. Contoh di atas diilustrasi di bawah:
*Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas kepada RM5 terdekat.
Sebarang pelarasan berikutan dengan pembundaran akan ditunjukkan pada hujung tempoh kemudahan.
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun.
- Bekerja bergaji atau bekerja sendiri dengan pendapatan tahunan minimum sebanyak RM24,000.
- Amaun pinjaman/pembiayaan minimum ialah RM5,000.
- Amaun pinjaman maksimum ialah RM250,000 untuk Pinjaman Peribadi dan amaun pembiayaan maksimum ialah RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i.
- Eksklusif untuk permohonan dalam talian sahaja.
Nota: Jika anda adalah pelanggan sedia ada HLB Connect, anda juga boleh log masuk dan memohon melalui HLB Connect Online.
Anda akan diminta untuk memuat naik 5 dokumen berikut untuk permohonan melalui Laman Web Bank. Sediakan dokumen ini sebelum anda memulakan proses permohonan dalam talian.
Format yang diterima: .jpeg, .jpg, .pdf or .png.
Saiz fail maksimum: 5MB/dokumen
Untuk Pemohon Bergaji (Pendapatan Tetap atau Berubah):
- Bahagian depan Kad Pengenalan
- Bahagian belakang Kad Pengenalan
- Penyata KWSP terkini menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang BE 2 tahun terkini dengan bukti penerimaan cukai/lembaran ringkasan LHDN 2 tahun terkini untuk penyerahan E-Filing ATAU
- Slip gaji 3 bulan terkini ATAU slip komisen 6 bulan dengan pengkreditan gaji/komisen
- Dokumen pilihan (pendapatan sewa, bukti bonus yang diterima, pelaburan tunai – FD/Dana Bersama, dan lain-lain)
Untuk Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura (SG):
- Penyata CPF terkini yang menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang NOA 2 tahun terkini
- Slip gaji 3 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji.
- Salinan permit kerja/pas/bukti PR SG.
Untuk Pemohon Bekerja Sendiri:
- Bahagian depan Kad Pengenalan
- Bahagian belakang Kad Pengenalan
- Dokumen Pendaftaran Perniagaan
- Borang B terkini dengan bukti penerimaan cukai ATAU penyata bank perniagaan 6 bulan terkini ATAU Penyata KWSP 2 tahun terkini (Sdn Bhd sahaja)
- Dokumen pilihan (slip gaji/komisen 6 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji/komisen, pendapatan sewa, dan lain-lain)