Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi-i | 01 April 2024-31 Mei 2024
Perlukan perabot, peralatan elektrik atau set peralatan dapur baru?
Dengan pinjaman peribadi, anda boleh melengkapkan rumah anda
dengan semua benda yang diperlukan.
Mohon pinjaman peribadi anda sekarang melalui laman web kami atau HLB Connect Online
untuk menikmati kadar yang berpatutan dari 5.00% setahun tanpa memerlukan sebarang cagaran.
dengan jumlah pinjaman minimum yang diluluskan dan disalurkan sebanyak RM30,000.
* Khas untuk pemohon dengan pendapatan bulanan sah RM2,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui HLB Connect Online.
Kadar Faedah untuk Permohonan Dalam Talian
Kadar kami adalah berdasarkan dasar rata
Saluran Permohonan | Sektor Pelanggan |
Pendapatan Bulanan Sah | Kadar Faedah Rata | Tempoh Pinjaman |
---|---|---|---|---|
Laman Web HLB | Sektor Bergaji | RM2,000 – RM7,999 | 7.50% setahun | 2 hingga 5 tahun |
RM8,000 dan ke atas | 5.50% setahun | |||
Sektor Pekerjaan Sendiri | RM2,000 – RM7,999 | 7.50% setahun | ||
RM8,000 dan ke atas | 5.25% setahun | |||
HLB Connect Online | Sektor Bergaji | RM2,000 dan ke atas | 5.00% setahun |
Nota: Kadar faedah efektif berbeza seperti berikut bergantung kepada tempoh pinjaman dari 2 – 5 tahun:
(i) Kadar faedah rata 5.00% setahun: Kadar faedah efektif berkisar dari 9.15% setahun hingga 9.32% setahun.
(ii) Kadar faedah rata 5.25% setahun: Kadar faedah efektif berkisar dari 9.58% setahun hingga 9.78% setahun.
(iii) Kadar faedah rata 5.50% setahun: Kadar faedah efektif berkisar dari 10.01% setahun hingga 10.23% setahun.
(iv) Kadar faedah rata 7.50% setahun: Kadar faedah efektif berkisar dari 13.32% setahun hingga 13.80% setahun.
(v) 0.50% daripada amaun pinjaman akan ditolak semasa penyaluran untuk cukai setem yang perlu dibayar.
Ilustrasi Ansuran
Sebagai contoh, anda adalah pemohon bergaji dengan pendapatan bulanan sah RM2,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui HLB Connect Online. Kadar faedah rata yang dikenakan ialah 5.00% setahun dan jumlah amaun pinjaman yang diluluskan ialah RM50,000 untuk tempoh pinjaman 5 tahun. Contoh di atas diilustrasi di bawah:
** Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas kepada RM5 terdekat.
Sebarang pelarasan berikutan dengan pembudaran akan ditunjukkan pada hujung tempoh pinjaman.
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun.
- Bekerja bergaji atau bekerja sendiri dengan pendapatan minimum Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat Ribu (RM24,000).
- Amaun pinjaman minimum ialah RM30,000.
- Amaun pinjaman maksimum ialah RM250,000.
- Eksklusif untuk permohonan dalam talian melalui Laman Web HLB/HLB Connect Online sahaja.
- Pemohon harus mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Bank atau Akaun Simpanan-i/Semasa-i individu Hong Leong Islamic Bank yang sah dan aktif (akaun bersama dan akaun korporat tidak layak).
Klik sini untuk log masuk dan memohon. Kemudian, ikuti Langkah-langkah berikut:
Anda akan diminta untuk memuat naik 5 dokumen berikut untuk permohonan dalam talian. Sediakan dokumen ini sebelum anda memulakan proses permohonan dalam talian.
Format yang diterima: .jpeg, .jpg, .pdf atau .png
Saiz fail maksimum: 5MB/dokumen
Untuk Pemohon Bergaji (Pendapatan Tetap atau Berubah)
1. Bahagian depan Kad Pengenalan
2. Bahagian belakang Kad Pengenalan
3. Penyata KWSP terkini menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang BE 2 tahun terkini dengan bukti penerimaan cukai/lembaran ringkasan LHDN 2 tahun terkini untuk penyerahan E-Filing ATAU
4. Slip gaji 3 bulan terkini ATAU slip komisen 6 bulan dengan pengkreditan gaji/komisen
5. Dokumen pilihan (pendapatan sewa, bukti bonus yang diterima, pelaburan tunai – FD/Dana Bersama, dan lain-lain)
Untuk Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura (SG)
1. Penyata CPF terkini yang menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang NOA 2 tahun terkini
2. Slip gaji 3 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji
3. Salinan permit kerja/pas/bukti PR SG
Untuk Pemohon Bekerja Sendiri
1. Bahagian depan Kad Pengenalan
2. Bahagian belakang Kad Pengenalan
3. Dokumen Pendaftaran Perniagaan
4. Borang B terkini dengan bukti penerimaan cukai ATAU penyata bank perniagaan 6 bulan terkini ATAU Penyata KWSP 2 tahun terkini (Sdn Bhd sahaja)
5. Dokumen pilihan (slip gaji/komisen 6 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji/komisen, pendapatan sewa, dan lain-lain)