Apakah ialah Samsung Pay?
Samsung Pay merupakan perkhidmatan pembayaran mudah alih yang selamat dan mudah digunakan untuk membuat pembelian di mana-mana. Samsung Pay menggunakan teknologi proprietari baharu yang dinama Near Field Communication (NFC) untuk membuat pembayaran mudah alih lebih mudah diakses oleh peniaga dan pengguna.
Bagaimanakah Samsung Pay berfungsi?
Samsung Pay menggunakan Magnetic Secure Transmission (MST) dan NFC proprietari untuk membuat pembayaran mudah alih tanpa sentuh. MST dan NFC membolehkan peranti yang disokong membuat transaksi yang selamat dengan hampir setiap terminal pembayaran di seluruh dunia.
Di manakah saya boleh menggunakan Samsung Pay?
Samsung Pay diterima hampir di mana-mana tempat yang anda boleh swipe atau tap kad debit atau kredit anda. Ia menjadikan transaksi lebih mudah. Hanya swipe ke atas untuk melancarkan Samsung Pay, sahkan dengan biometrik atau PIN anda, dan tap telefon anda di terminal untuk membuat pembayaran.
Kad Hong Leong manakah yang boleh saya daftarkan pada Samsung Pay?
Semua Kad Kredit atau Debit/-i Hong Leong untuk pengguna (termasuk kedua-dua Visa & Mastercard) boleh digunakan pada Samsung Pay. Anda boleh menambah sehingga maksimum sepuluh (10) Kad dalam setiap peranti.
Bolehkah saya menambah Kad saya pada lebih daripada satu aplikasi Samsung Pay pada peranti berasingan?
Tidak, anda hanya boleh menambah Kad Kredit atau Debit/-i Visa/Mastercard Hong Leong yang layak kepada satu Peranti Mudah Alih Samsung Pay sahaja.
Sejauh manakah keselamatan transaksi di Samsung Pay?
Kad anda dalam Samsung Pay dilindungi oleh biometrik atau PIN anda. Untuk tujuan keselamatan, anda mesti mengesahkan pembayaran dengan biometrik atau PIN anda apabila anda membuat pembelian menggunakan Samsung Pay. Nombor kad digital yang berasingan dan unik daripada nombor akaun kad plastik anda digunakan untuk membuat pembelian dengan Samsung Pay. Semua maklumat pembayaran anda akan disimpan dengan selamat pada telefon anda menggunakan Samsung KNOX. Butiran kad plastik anda tidak akan ditunjukkan dalam aplikasi atau dikongsi dengan peniaga apabila anda membuat pembayaran.
People also viewed these