Frequently Asked Questions - E-Penyata

E-Penyata

 

Kami menggalakkan pelanggan untuk memilih e-Penyata yang lebih pantas, lebih selamat, lebih mudah dan senang diurus.

Soalan Lazim e-Penyata

 

1.  Apa itu e-Penyata?

e-Penyata adalah versi elektronik penyata akaun. Anda mempunyai pilihan untuk muat turun secara terus dari HLB Connect dan/atau ia boleh dihantar ke alamat e-mel anda jika anda melanggan untuk e-penyata. Salinan bercetak atau penyata salinan bercetak akan terus tersedia untuk pelanggan yang tidak muat turun atau melanggan untuk e-penyata.

 

2.  Di mana saya boleh melihat Terma & Syarat e-Penyata?

Salinan Terma & Syarat e-Penyata boleh didapati di sini.

 

3.  Adakah saya perlu membayar untuk e-Penyata?

Tidak, perkhidmatan e-Penyata diberikan kepada anda tanpa caj.

 

4.  Apakah jenis akaun Hong Leong yang mempunyai perkhidmatan e-Penyata?

  • Kad Kredit
  • Kad Debit/Kad Debit-i
  • Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i (individu sahaja)
  • Akaun Semasa Mata Wang Asing/ Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (individu sahaja)
  • Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-i
  • Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i
  • Pinjaman Kereta/ Pembiayaan Kereta-i
  • Pinjaman Peribadi/ Pembiayaan Peribadi-i

 

5.  Adakah selamat untuk menggunakan e-Penyata?

Ya, e-Penyata dijamin kerana maklumat anda dilindungi oleh kata laluan.

 

6.  Bagaimana saya boleh mendaftar untuk e-Penyata?

  • Jika anda adalah pengguna HLB Connect, hanya log masuk ke HLB Connect – www.hongleongconnect.my dan anda boleh melihat atau muat turun e-Penyata dengan mengikuti langkah bawah:-
Connect
 
  • Jika anda bukan pengguna HLB Connect, sila mendaftar sekarang dengan mengikuti langkah bawah:-
Non Connect
 
  • ATAU Hubungi Pusat Hubungan Hong Leong di 03-7626 8899
  • ATAU Lawati mana-mana cawangan Hong Leong Bank/ Hong Leong Islamic Bank

 

7.  Bilakah saya akan mula menerima e-Penyata saya jika saya mendaftar untuk e-Penyata sekarang?

Anda akan menerima e-Penyata pertama anda pada tarikh penyata berikutnya apabila mendaftar untuk HLB Connect atau mendaftar untuk langganan e-mel.

 

8.  Berapa lamakah e-Penyata saya boleh didapati di HLB Connect?

e-Penyata boleh didapati untuk dilihat dan dimuat turun di HLB Connect seperti di bawah:

Jenis Akaun

Kekerapan Penyata

e-Penyata boleh didapati untuk dilihat

Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i (individu sahaja)

Bulanan

24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)

Akaun Semasa Mata Wang Asing/ Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (individu sahaja)

Bulanan

24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)

Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-i

Bulanan

24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)

Kad Kredit

Bulanan

24 bulan terkini

Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i (bil berperingkat)

Bulanan

24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)

Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i (dibayar sepenuhnya)

Separuh tahunan

6 rekod terkini

Pinjaman Kereta/ Pembiayaan Kereta-i

Setiap tahun

3 rekod terkini

Pinjaman Peribadi/ Pembiayaan Peribadi-i

Setiap tahun

3 rekod terkini

9.  Adakah saya boleh menyimpan e-Penyata saya?

Ya, anda boleh memilih untuk melihat atau menyimpan e-Penyata anda dengan memuat turunnya ke peranti simpanan elektronik anda.

10.  Mengapa saya tidak dapat memuat turun penyata akaun?

Pastikan anda telah mematikan penyekat pop-up untuk laman web kami mengikuti langkah di bawah:

Pop Up Blocker

Nota: Pelayar web yang berbeza mungkin mempunyai variasi antaramuka, tetapan dan langkah yang diperlukan.

11.  Adakah saya masih akan menerima penyata kertas saya?

Ya, penyata kertas akan terus tersedia untuk pelanggan yang tidak muat turun atau melanggan untuk e-penyata.

Anda boleh melihat dan memuat turun e-Penyata daripada HLB Connect atau melanggan untuk Penghantaran Penyata E-mel.

 

12.  Saya ingin melihat penyata saya di HLB Connect dan tidak mahu menerima e-Penyata melalui e-mel. Bagaimanakah saya berhenti melanggan untuk Penghantaran Penyata E-mel?

Anda boleh berhenti melanggan untuk perkhidmatan ini dengan mengikuti langkah berikut:

Home > Statement/Invoice > Email Subscription > Statement Subscription > Uncheck email subscription

e-Penyata tidak akan dihantar ke e-mel anda dalam kitaran penyata berikut.

 

13.  Apakah keperluan perisian atau perkakasan yang diperlukan untuk melihat e-Penyata dalam talian?

Untuk melihat e-Penyata dalam talian, anda perlu mempunyai berikut:

  • Komputer peribadi, tablet atau computer riba dengan akses Internet
  • Pelayar Internet (jenis pelayar yang disokong adalah Microsoft Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, Safari dan Opera)
  • Adobe Acrobat Reader

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.