Sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan yang sedang kami laksanakan dan sejajar dengan arah tuju industri perbankan, HLB Connect App akan disediakan dengan ciri keselamatan untuk melindungi pelanggan daripada penipuan menggunakan malware.

 

 

App 2

Notis Penting

  1. Cipta kata laluan yang kukuh dan jangan berkongsi butiran perbankan anda dengan sesiapa.

  2. Apabila diarahkan ke halaman log masuk, hanya memasukkan kata laluan anda sahaja apabila anda melihat gambar keselamatan anda yang betul.

  3. Sentiasa semak butiran transaksi sebelum meluluskan transaksi melalui AppAuthorise dan berikan perhatian kepada peringatan transaksi anda. Aktifkan Kunci Kecemasan dengan segera jika anda melihat transaksi tanpa kebenaran atau mengesyaki HLB Connect anda telah terjejas.

  4. Periksa baki akaun dan penyata anda secara kerap. Hubungi kami dengan segera jika anda melihat ralat atau percanggahan.

  5. Sentiasa kemas kini sistem operasi mudah alih anda dan hanya muat turun aplikasi dari kedai aplikasi rasmi seperti Google Play Store, Apple App Store & Huawei AppGallery.

  6. Lakukan imbasan virus dan malware secara kerap pada komputer dan peranti mudah alih anda. 

  7. Jangan klik pautan yang mencurigakan dan sentiasa tentukan kesahihan mesej yang dihantar oleh bank anda.

  8. Tumpukan perhatian pada petua keselamatan dan amaran yang kami hantar.

  9. Jika anda merasakan bahawa anda telah menjadi mangsa penipuan, aktifkan Kunci Kecemasan segera untuk menghentikan semua transaksi masa depan di HLB Connect dan hubungi kami di 03-76268899 untuk bantuan.

  10. Untuk memahami cara kami menguruskan dan melindungi data peribadi anda, sila baca Notis Privasi kami.

Mulai 9 Oktober 2024, HLB Connect App akan dipasangkan ciri keselamatan yang memantau sebarang ancaman keselamatan pada peranti mudah alih anda yang boleh mendatangkan risiko keselamatan terhadap perbankan mudah alih dan dalam talian anda. Apabila melog masuk pada HLB Connect App, anda akan melihat suatu paparan yang meminta anda membenarkan ciri keselamatan ini pada peranti ada. Sila klik 'Teruskan' untuk meneruskan penggunaan HLB Connect App.

 

Ciri keselamatan ini hanya mengesan aktiviti malware dan ancaman keselamatan untuk membolehkan kami memaklumkan anda tentang potensi risiko, serta mengambil tindakan pencegahan untuk melindungi akaun-akaun anda. Ciri ini tidak mengumpul sebarang data peribadi daripada peranti anda atau maklumat tentang aplikasi yang telah anda pasang.

 

Pada masa akan datang, langkah keselamatan kami mungkin dipertingkatkan dengan menyertakan sekatan akses kepada aplikasi perbankan anda jika malware atau ancaman keselamatan dikesan dalam peranti anda:

  • Aplikasi dengan ancaman malware dan perkongsian/pencerminan/penghantaran skrin (screen sharing/mirroring/casting) yang diketahui telah dikesan
  • Ciri perkongsian/pencerminan/penghantaran skrin aktif pada peranti anda

Jika ciri keselamatan mengesan ancaman malware atau keselamatan dan kelemahan yang dinyatakan di atas pada peranti, mesej akan ditunjukkan kepada anda yang memberitahu bahawa peranti anda telah terdedah kepada malware.

 

Untuk melindungi akaun bank, anda perlu mengalih keluar aplikasi yang berniat jahat atau berisiko dan mematikan sesetengah pengesetan pada peranti anda yang boleh menjejaskan keselamatan perbankan anda.

Berikut ialah langkah-langkah untuk melindungi anda daripada potensi malware dan ancaman keselamatan.

(i) Rakaman skrin atau tangkapan skrin

Screen Recording Prompter

Jika anda melihat mesej ralat, ini bermakna rakaman skrin atau tangkapan skrin sedang berlaku pada peranti anda. Ini mungkin menjadikan akaun anda berisiko kerana maklumat perbankan yang sensitif mungkin terdedah kepada orang yang mempunyai niat jahat.

 

Untuk melindungi anda, akses ke HLB Connect App akan dihadkan atau imej akan digelapkan.

 

Jika anda ingin berkongsi atau memuat turun resit transaksi anda, kami mengesyorkan anda menggunakan fungsi ‘Kongsi’ kami. Caranya:

 

(a) Sejurus selepas membuat pembayaran/pindahan:

Pada skrin transaksi yang berjaya, ketik ‘Resit’ di bahagian atas sebelah kanan skrin anda > Pilih saluran yang ingin anda kongsikan (contohnya Whatsapp)

 

(b) Jika anda perlu berkongsi semula:

Ketik pada ‘Menu’ & ‘Aktiviti’ > Cari pembayaran/pindahan anda, ketip pada 3 titik & ‘Lihat Butiran’ > Pada resit anda, ketik ‘Resit’ & pilih saluran yang ingin anda kongsikan

Aplikasi mudah alih memerlukan kebenaran akses tertentu daripada peranti anda.

 

Akses tertentu diperlukan untuk sesetengah aplikasi berfungsi seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, kebenaran akses untuk lokasi geo anda diperlukan untuk aplikasi navigasi berfungsi dengan sewajarnya. Sesetengah aplikasi mungkin meminta kebenaran akses tambahan yang mungkin tidak penting kerana akses ini hanya digunakan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan tidak menghalang aplikasi daripada melaksanakan fungsi utamanya.

 

Aplikasi yang dimuat turun dari kedai aplikasi rasmi akan memberikan anda penjelasan yang jelas tentang sebab mengapa kebenaran akses tertentu diperlukan. Baca dan fahami penjelasan dengan teliti sebelum anda membuat keputusan untuk memberi kebenaran akses.

 

Aplikasi yang meminta kawalan penuh peranti anda atau akses kepada maklumat sensitif yang tidak diperlukan oleh aplikasi merupakan tanda amaran. Jika ragu, hapuskan aplikasi yang mencurigakan.

 

Sentiasa amalkan untuk menyemak secara kerap kebenaran akses yang telah anda berikan kepada aplikasi yang dimuat turun ke peranti anda.

Beri perhatian kepada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa peranti anda mungkin dijangkiti malware.

  • Peranti beroperasi lebih perlahan daripada biasa

  • Aplikasi mengambil masa yang lebih lama untuk dimuatkan

  • Bateri habis lebih cepat daripada biasa

  • Peranti mempunyai aplikasi tidak diketahui yang anda tidak kenali

  • Peningkatan penggunaan data yang tidak dapat dijelaskan 

  • Bil telefon lebih tinggi daripada jangkaan

 

Walaupun ini mungkin bukan tanda yang kukuh bahawa peranti anda telah dijangkiti malware, namun anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan perisian keselamatan mudah alih yang boleh dipercayai yang boleh membantu mengesan, memberitahu anda tentang potensi risiko dan menyekat sebarang aplikasi berbahaya. Pastikan juga perisian ini kerap dikemas kini.