Beralih kepada e-Penyata! Fi Penyata Bercetak sebanyak RM2.00 akan dikenakan
untuk setiap penyata bercetak akaun Deposit/-i & Pinjaman/Pembiayaan-i berkuat kuasa Mac 2025.
Manfaat bertukar kepada e-Penyata
Produk yang berkaitan
- Deposit/-i (kecuali Akaun Simpanan Asas/-i & Akaun Semasa Asas/-i)
- Pinjaman / Pembiayaan Hartanah-i
- Pinjaman / Pembiayaan Auto-i
- Pinjaman / Pembiayaan Peribadi-i
- Pembiayaan ASB-i
Langkah-langkah untuk mengakses e-Penyata anda
Langkah 1: Daftar perbankan dalam talian HLB Connect
Langkah 2: Daftar e-Penyata
Langkah 3: Muat turun dan semak e-Penyata
Kriteria Pengecualian Fi Penyata Bercetak
Sekiranya anda termasuk dalam mana-mana kategori berikut, anda berkemungkinan layak mendapat pengecualian Fi Penyata Bercetak:
Kriteria |
Jenis pengecualian |
Proses mendapatkan pengecualian |
---|---|---|
Pelanggan berumur: · 18 tahun ke bawah · 60 tahun ke atas |
Pengecualian automatik |
Fi Penyata Bercetak akan dikecualikan secara automatik. |
Pelanggan yang mengalami kesukaran mengakses e-Penyata |
Pengecualian manual |
Sila kemukakan permintaan anda berserta dengan justifikasi di mana-mana cawangan HLB/HLISB yang berdekatan atau hubungi Perkhidmatan Perbankan Telefon Interaktif Hong Leong Bank. Tertakluk pada kelulusan. |
Pelanggan kurang upaya |
Sekiranya anda memerlukan bantuan atau mempunyai keadaan khusus yang memerlukan pengecualian, anda boleh:
- menghubungi perkhidmatan Perbankan Telefon Interaktif Hong Leong Bank di talian 03-7626 8899 (24 Jam); atau
- kunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB berdekatan
1. Apakah itu Fi Penyata Bercetak?
Berkuat kuasa Mac 2025, fi sebanyak RM2.00 akan dikenakan untuk setiap Penyata Bercetak yang anda terima secara bulanan atau tahunan untuk produk-produk berikut:
i. Deposit/-i (kecuali Akaun Simpanan Asas/-i & Akaun Semasa Asas/-i)
ii. Pinjaman/Pembiayaan Hartanah-i
iii. Pinjaman/Pembiayaan Auto-i
iv. Pinjaman/Pembiayaan Peribadi-i
v. Pembiayaan ASB-i
2. Adakah saya masih akan menerima Penyata Bercetak saya?
Ya, anda masih akan menerima penyata bercetak tetapi mulai Mac 2025, fi sebanyak RM2.00 akan dikenakan untuk setiap penyata bercetak yang diterima dan fi tersebut akan didebitkan ke dalam akaun anda. Sebagai alternatif untuk menerima penyata tanpa sebarang caj, anda boleh mendaftar perbankan dalam talian HLB Connect untuk mendapatkan akses kepada e-Penyata dengan merujuk langkah-langkah yang tertera di Q9.
Sementara itu, bagi pelanggan baharu, anda akan didaftarkan secara automatik untuk e-Penyata semasa proses pembukaan akaun. Sekiranya anda ingin berhenti daripada melanggan e-Penyata & mula menerima penyata bercetak, sila kunjungi cawangan HLB/HLISB yang berhampiran untuk bantuan.
3. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pembayaran Fi Penyata Bercetak?
Fi ini didebitkan secara automatik ke dalam akaun Deposit/-i dan/atau Pinjaman/Pembiayaan-i sedia ada anda di bawah kategori yuran & pelbagai. Anda boleh membuat bayaran secara langsung kepada akaun yang berkenaan.
4. Bolehkah saya mendapat pengecualian daripada dikenakan Fi Penyata Bercetak?
Fi Penyata Bercetak tidak akan dikenakan sekiranya anda termasuk dalam salah satu kategori yang berikut:
Kriteria |
Jenis pengecualian |
Proses mendapatkan pengecualian |
---|---|---|
Pelanggan berumur: 18 tahun ke bawah 60 tahun ke atas |
Pengecualian automatik |
Fi Penyata Bercetak akan dikecualikan secara automatik. |
Pelanggan yang mengalami kesukaran mengakses e-Penyata |
Pengecualian manual |
Sila kemukakan permohonan anda berserta dengan justifikasi di mana-mana cawangan berdekatan HLB/HLISB atau hubungi Perbankan Telefon Interaktif Bank Hong Leong Bank di talian 03-7626 8899 (24 Jam). Tertakluk kepada kelulusan. |
Pelanggan kurang upaya |
5. Saya mencecah usia 60 tahun pada tahun ini. Adakah pengecualian Fi Penyata Bercetak berdasarkan tahun saya dilahirkan atau tarikh lahir saya?
Pengecualian fi adalah berdasarkan pada tahun anda dilahirkan. Jika tarikh hari lahir anda jatuh pada bulan November, anda akan dikecualikan daripada fi tersebut bermula dari Januari tahun yang sama anda mencecah usia 60 tahun.
6. Apakah maklumat yang diperlukan ketika saya memohon pengecualian Fi Penyata Bercetak?
- Nama Penuh (mengikut Kad Pengenalan/Pasport)
- Sebab permohonan
- Kad OKU (jika berkenaan)
7. Sekiranya permohonan pengecualian Fi Penyata Bercetak saya berjaya, adakah ia akan terpakai secara kekal?
Ya, pengecualian ke atas fi tersebut adalah kekal dan anda akan terus menerima penyata bercetak selagi anda tidak beralih ke e-Penyata.
8. Adakah saya mempunyai pilihan untuk mendapatkan penyata tanpa sebarang kos?
Ya. Anda digalakkan untuk bertukar ke penyata elektronik (e-Penyata) tanpa sebarang kos. Sila rujuk Soalan Lazim e-Penyata untuk maklumat lanjut.
9. Bagaimanakah saya boleh mendaftar & mengakses e-Penyata?
- Langkah 1: Daftar perbankan dalam talian HLB Connect
- Langkah 2: Daftar e-Penyata
- Langkah 3: Muat turun dan semak e-Penyata
Sekiranya anda memerlukan bantuan atau mempunyai keadaan khusus yang memerlukan pengecualian, anda boleh:
- menghubungi perkhidmatan Perbankan Telefon Interaktif Hong Leong Bank di talian 03-7626 8899 (24 Jam); atau
- kunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB berdekatan
10. Bilakah saya akan mula menerima e-Penyata saya melalui e-mel, sekiranya saya mendaftar sekarang?
Anda akan menerima e-Penyata pertama anda melalui alamat e-mel berdaftar bermula dari tarikh penyata anda yang seterusnya.
11. Bolehkah saya menyimpan e-Penyata saya?
Ya, anda boleh menyimpan e-Penyata anda dengan memuat turun ke dalam peranti storan elektronik anda.
12. Berapa lamakah e-Penyata saya boleh diperoleh melalui perbankan dalam talian HLB Connect?
e-Penyata boleh disemak dan dimuat turun di perbankan dalam talian HLB Connect untuk tempoh 24 bulan + 1 bulan (bulan semasa).